AMALAN
HARIAN
ISTIGHFAR NABI YUNUS AS – Minima 40 000 kali
SELAWAT UMMIYI - Minima 40 000 kali Target : 5.6 Juta
DOA TAUBAT
Amalan Pagar Diri iaitu: Mengamalkan Ayat Kursi serta Doa
Pagar Diri setiap pagi dan petang sebanyak 7 kali, sepanjang hidup
Ayat Kursi (Pagar Diri)
Hendaklah diamalkan membaca Ayat Kursi setiap hari iaitu selepas suboh dan selepas asar atau malam.
Selepas setiap kali Ayat Kursi dibaca maka hendaklah berdoa seperti di
bawah ini:
“Ya Allah, ya
tuhanku, jadikanlah di hadapan …….
hamba Mu yang hina, doif, jahil lagi banyak dosa ini, kota besi kota tembaga yang tak dapat dikhianati oleh iblis, jin,
manusia dan binatang yang melata” dan buat isyarat hembus
ke hadapan.
Seterusnya
untuk bacaan doa selepas membaca Ayat Kursi yang ke 2 tukarkan perkataan di
hadapan kepada di belakang dan seterusnya seperti di
bawah:
Doa selepas membaca Ayat
Kursi ke 3 è di kanan
Doa selepas membaca Ayat
Kursi ke 4 è di kiri
Doa selepas membaca Ayat
Kursi ke 5 è di atas
Doa selepas membaca Ayat
Kursi ke 6 è di bawah
Pada bacaan Ayat Kursi yang
ke 7, hendaklah dibaca doa ini:
“Ya Allah, ya tuhanku, peliharakanlah setiap sendi-sendi dan liang bulu
roma hamba-Mu yang hina, doif, jahil lagi banyak dosa ini daripada godaan hawa nafsu dan syaitan dengan berkat mukjizat Nabi
Muhammad S.A.W dan berkat Ahli Zaman, semata-mata
dengan limpah rahmat Mu Ya Allah”
Syeikh
Muhyiddin Abdul Qodir Mahmud Al Kedahi
"Semoga Kita Menjadi Hamba Allah SWT sehamba-hamba-Nya"
No comments:
Post a Comment